Monday 21 May 2012

religion is an option not an obligation

"religion is an option not an obligation"


agama. ianya sesuatu kepercayaan yang dianuti manusia yang mengandungi nilai nilai murni, moraliti dan sebagainya. dengan adanya agama, seseorang itu mempunyai panduan dalam hidupnya dari segi spiritual. dan membantu mereka bagi membezakan apa yang baik dan yang buruk. namun, lihatlah ke mana agama membawa kita pada hari ini. lihatlah bagaimana perbezaan fahaman agama membawa kepada pertumpahan darah. sedangkan kita semua sama, manusia.


lihat juga bagaimana pertengkaran yang berlaku kerana fahaman agama yang berbeza, malah bukan sahaja kerana fahaman yang berbeza. tetapi pemahaman yang berbeza juga membawa kepada pertelingkahan sesama manusia.


manusia dilahirkan berbeza-beza. namun kita tetap sama, manusia. namun dengan adanya perbezaan agama, bangsa dan negara perbezaan itu semakin meluas. meletakkan garis dan penghadang, perbezaan-perbezaan ini semakin memecah belahkan manusia itu sendiri dan semakin mengikis nilai kemanusiaan itu sendiri.


adakah kita tidak mampu mengabaikan perbezaan dalam fahaman, warna kulit, keturunan dan lain lain sebaliknya berpegang kepada satu nilai iaitu nilai kemanusiaan? adakah tuhan, tak kira apa pun fahaman kalian mahu melihat makhluk ciptaannya saling berbunuhan? adakah pertumpahan darah atas nama agama itu benar sucinya?


lihat pula bagaimana fahaman-fahaman ini diterapkan. adakah agama satu bentuk paksaan ataupun ianya pilihan? berdasarkan apa yang aku lihat, ianya sekadar suatu bentuk paksaan sama ada kau suka atau tidak, kau harus terima. kau tidak layak untuk mempersoalkan lebih daripada apa yang dibenarkan. 


lihat juga bagaimana kerana fahaman ini, manusia saling mengadili antara satu sama lain. tentang hina dina seseorang itu kerana tidak mematuhi sesuatu perintah yang termaktub dalam agamanya. tentang neraka dijanjikan untuk mereka yang hina dina ini. namun aku percaya ini bukannya salah agama, ini salah penganutnya. mungkin mereka sendiri yang kurang faham tentang agama mereka yang anuti. pemahaman yang cetek barangkali. senang sekali me-nerakakan orang. senang sekali memurtadkan orang. mungkin mereka tidak sedar yang mereka bukan dalam posisi untuk mengadili, me-nerakakan, memurtadkan mereka yang tidak sependapat dengan mereka dalam sesuatu perkara tentang agama mereka.


mari ambil islam sebagai contoh. majoriti manusia membahagikan muslimah kepada dua. yang bertudung dan yang tak bertudung. ingin sekali aku perjelaskan di sini yang menutup aurat itu sebahagian daripada tuntutan agama. bukan lesen untuk kau melabel dan meletakkan garis pemisah antara muslimah. yang tak bertudung tak semestinya jahat, yang bertudung tak semestinya baik. bezanya, yang bertudung ini telah menunaikan salah satu kewajiban dalam islam, iaitu menutup aurat(itu pun jika mereka faham definisi sebenar istilah menutup aurat). tapi tidak, kebanyakan mereka masih membezakan sesama mereka antara bertudung dan tidak bertudung. aku beranggapan pemahaman mereka tentang islam agak rendah.


satu lagi perkara yang aku tak berapa gemar adalah golongan 'preacher who preaches: a part'. maksudnya di sini mereka yang kononnya berdakwah tetapi hanya menyampaikan perkara yang asasi dan menggunakan perkara itu untuk menentang mereka yang tak mengamalkannya. misalnya tentang tudung dan tak bertudung tadi. itu sahaja yang ditekannya. ataupun kononnya berdakwah tetapi hanya 'stating the obvious'. misalnya, "I love Allah". bukan niat aku ingin mengatakan mereka ini sekadar tunjuk alim, tetapi mereka harus faham tentang apa itu dakwah. dakwah adalah suatu usaha untuk menyebarkan islam, yang memerlukan kefahaman yang mendalam tentang islam itu sendiri. bukan sekadar "pakai tudung itu wajib!!!wajib!!!!" ataupun "sembahyang jumaat itu wajib!! siapa pergi masjid dia hensem". ramai yang salah faham antara dakwah dan peringatan. dalam berdakwah juga kau harus tahu mereka yang mendengar itu ada hak untuk menerima dan menolak. agama itu bukan paksaan. ianya pilihan. jangan pula kerana mereka menolak dakwahmu, kau nerakakan mereka.


berbalik kepada apa yang aku cuba nak sampaikan dekat post ni. aku berpendapat agama ini seharusnya menyatukan penganutnya, bukan memecah belahkan. bukannya memisah-misahkan lagi manusia yang sedia terpisah dek garisan bangsa dan keturunan. ini semua hanya persoalan dan pendapat aku yang hina dan dina. jangan pula panggil aku kafir sudah. hahaha, sampai di sini sahaja penulisan aku kali ini. (ok seriously this is too formal, goodbye)