Sunday 29 January 2012

hijabi

"hijab. hijab refers to both the head covering tradionally worn by muslim women and modest muslim styles of dress in general. most islamic legal systems define this type of modest dressing as covering everything except the face and hands in public. the words for a headscarf or veil used in the Qur'an are khimār (خمار) and jilbaab (جلباب), not hijab." - wiki


post kali ini adalah tentang hijab, atau dengan lebih tepat lagi; hijabi(saya tidak pasti adakah ini gelaran yang diberikan kepada mereka yang memakai hijab). pertama sekali, apakah relevan label ini diberi kepada wanita muslim yang memakai hijab? relevannya gelaran ini adalah kerana cara pemakaiannya. namun apa yang saya lihat kini, gelaran ini digunakan untuk membezakan atau mengasingkan antara dua kaum muslimat iaitu di antara hijabi dan non-hijabi(merujuk kepada mereka yang tidak memakai hijab)


[24:31] And enjoin believing women to cast down their looks and guard their private parts and not reveal their adornment except that which is revealed of itself, and to draw their veils over their bosoms, and not to reveal their adornment save to their husbands, or their fathers, or the fathers of their husbands, or of their own sons, or the sons of their husbands, or their brothers, or the sons of their brothers, or the sons of their sisters, or the women with whom they associate, or those that are in their bondage, or the male attendants in their service free of sexual interest, or boys that are yet unaware of illicit matters pertaining to women. Nor should they stamp their feet on the ground in such manner that their hidden ornament becomes revealed. Believers, turn together, all of you, to Allah in repentance that you may attain true success.
motif? untuk menunjukkan bahawasanya perbezaan antara hijabi dan yang bukan hijabi tidak patut ada sedangkan para hijabi itu sekadar menunaikan(atas apa mereka rasa patut) salah satu suruhan yang termaktub di dalam al-quran.


Ya ayyuha alnnabiyyu qul liazwajika wabanatika wanisai almumineena yudneena AAalayhinna min jalabeebihinna thalika adna an yuAArafna fala yuthayna wakana Allahu ghafooran raheeman - [33:59]

"O Prophet! Tell your wives and daughters and the women of the muminun to draw their outer garments closely round themselves. This makes it more likely that they will be recognised and not be harmed. Allah is Ever-Forgiving, Most Merciful." - terjemahan Aisha Bewley


motif? di sini adalah penerangan yang seterusnya bagi menyeru kaum wanita muslim bagi menutup aurat mereka dan tiada perkataan hijab sebaliknya jilbaab.(jalabeebihinna). relevan? relevannya di sini adalah masih tiada perbandingan yang patut dibuat di antara hijabi dan non-hijabi sedangkan dalam kitab suci al-quran tiada menyebut perkataan hijab itu sendiri dan sedarkah kamu hijab itu adalah pakaian tradisional yang dipakai oleh kaum wanita muslimin(bermula di arab)?


secara asasnya, andai kaum wanita muslim memakai hijab; mereka telah menunaikan apa yang telah tertulis di dalam surah an-nur ayat 31 dan surah al-ahzab ayat 59. tidak lebih daripada itu. jadi mengapa seperti wujud satu jarak di antara hijabi dan non-hijabi(jarak yang dimaksudkan adalah pandangan dan persepsi masyarakat terhadap dua golongan ini) sedangkan seharusnya tidak wujud jarak itu?


persepsi masyarakat kini; pakai tudung itu baik. tak pakai tudung itu tidak. ataupun. perempuan yang bertudung tidak semestinya baik tetapi perempuan baik semestinya bertudung. deuce. petikan kata-kata ustaz azhar idrus yang berbunyi "pakai tudung itu tidak wajib, tutup aurat wajib" merujuk kepada apa yang telah tersebut dalam surah di atas. tidak selayaknya saya menafsir apa yang dimaksudkan dengan menutup aurat itu tetapi mengikut logik akal dan pemahaman ayat dalam surah tersebut; meliputi dada hingga ke paras terbawah (atau mengikut kebanyakan tafsiran merujuk kepada -kecuali muka dan tapak tangan-)


motif? masih tiada relevannya perbandingan di antara hijabi dan non-hijabi kerana mereka sekadar menunaikan salah satu suruhan Allah di dalam al-quran. ketahuilah kamu terdapat banyak lagi suruhanNya yang masih kamu perlu ikut dan tiada gunanya kamu hanya menumpukan dan menjadikan seolah-olah aurat itu suruhanNya yang paling utama sekaligus melayakkan kamu dibezakan dengan mereka yang tidak menunaikan salah satu suruhanNya itu. persepsi kamu itu pada pendapat saya adalah salah. tiada niat juga untuk mengatakan hijabi atau memakai hijab itu salah. point saya di sini adalah, seharusnya tiada perbezaan dan ruang diskriminasi tercipta sekaligus mengasingkan kaum wanita muslim menjadi dua golongan(atas sebab salah satu suruhanNya iaitu menutup aurat) kerana yang membezakan kita semua adalah iman. tidak pula tersebut dalam al-quran bahawa dengan menutup aurat(atau dalam kes ini, berhijab) dapat menjadikan iman kita lebih tinggi daripada mereka yang tidak?


sekian pendapat saya tentang hijabi atau hijab atau apa apa je la yang kamu panggil. assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment