Tuesday 10 January 2012

purpose of life

whats the purpose of life. whats the purpose of every single air i breathe in. whats the purpose of me to keep living. a life. - my first question on 2012


lalu aku berasa hairan dengan kehidupanku sendiri. aku tertanya-tanya apakah yang ku kejar selama ini. apa yang ingin aku capai selama ini. kita dilahirkan dengan harapan dapat memenuhi harapan ibu bapa yang mungkin harapan mereka itu tak tercapai dahulu. dibesarkan dengan ekspetasi yang tak berkesudahan. tekanan menyelimuti perjalanan sepanjang tempoh pembesaran. minda kita disemai dengan konsep kemasyarakatan yang jitu. dilahirkan. dibesarkan. jadi manusia yang berguna. jalani kehidupan yang senang lenang. mati.


kebelakangan ini aku selalu terfikir. kehidupan jenis apa yang ingin aku jalani. untuk apa aku dibesarkan. untuk apa aku dilahirkan. fikir kembali, aku dilahirkan bukannya atas niat untuk memenuhi ekspetasi. aku dilahirkan atas dasar cinta kedua ibu bapaku. adakah mereka telah menyemai harapan itu sejak azali? tidak. mereka membesarkan aku seikhlas hati. tak hendak memberi budi. itu tanggungjawab. kasih sayang. setelah aku dewasa, harus aku untuk mencurahkan kasih sayang semula terhadap mereka. bukan makan budi, tapi atas dasar kasih sayang.


kembali kepada persoalanku selama ini. di dalam agamaku tiada menyebut kita harus menjalani kehidupan seperti yang ditetapkan dalam sistem kemasyarakatan. itu semua buatan manusia. namun amal duniawi dan akhirat harus seimbang. manusia menggunakan konsep seimbang itu, mencipta sistem mereka sendiri, membahagi-bahagikan pangkat dan jawatan, memaksa kami mengikutinya. berkasta, dan kami pula membanting tulang yang empat kerat untuk menyesuaikan diri dengan sistem ini. diterapkan dengan fikiran "hendak jadi manusia jenis apa kamu kalau ini tak mahu itu tak mahu?" ibu bapa membesarkan anak mereka.


namun aku juga dibesarkan dengan suasana yang sama. dulu ibuku pernah bertanya, bila dewasa hendak jadi apa. aku sebut satu persatu karier yang ku tahu. aku hendak bina rumah agam untuk ibuku. aku hendak itu dan ini. semuanya kehendak ku sendiri. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. kini aku tak hendak semua itu. ataupun tidak mampu. lalu aku berdalih dengan post yang sebegini. itu terpulang kepada kamu untuk menilainya. aku terfikir. belajar tinggi-tinggi. dapat karier yang bagus. balas jasa ibu bapa. berkeluarga. besarkan anak dengan konsep yang sama. kitaran semula jadi yang diulang sampai kiamat.


aku tak suka akan kebiasaan. aku tak mahu itu dan ini. aku tak mudah dipengaruhi. namun itu semua kata aku. cakap tak serupa bikin. apa orang buat aku pun mahu. mereka suka itu aku pun nak suka. beralas hendak menyesuaikan diri. supaya mereka tidak lihat aku lari dari norma masyarakat. aku ikut rentak mereka, namun tak semua. aku mudah lupa diri. aku mudah lalai. namun aku juga mudah berubah. hakikatnya aku tidak pernah berubah. aku masih begini, cuma menyesuaikan diri mengikut situasi. aku hanya manusia. itu semua alasan, aku tahu.


kini aku dalam dilema. sama ada hendak mengikut rentak seperti selalu, ataupun menjadi diri sendiri. aku tak mahu sambung pelajaranku semata-mata untuk menjamin masa hadapanku. masa hadapanku bukannya ditentukan oleh segulung ijazah. apa guna ijazah. ijazah duniawi untuk perihal duniawi semuanya duniawi. norma masyarakat yang sungguh duniawi. aku hendak mencari kebenaran. apa dia tujuan hidupku. selain daripada menyembah tuhanku. apa dia tujuan hidupku. selain menari ikut rentakmu. apa dia tujuan hidupku. selain daripada lahir untuk mati. aku mahu semua persoalan yang bermain di fikiranku terjawab. aku hendak cari kebenaran. mungkin kamu sedang senyum sinis ketika membaca bahagian ini(okay i know no one reading this....) tetapi itulah kehendakku. semoga aku tidak tersimpang dari jalan yang mereka tetapkan sebagai kitab kehidupan.

1 comment:

  1. I can totally relate.Nice post =) Inspired to write abt this. Thx

    ReplyDelete