Thursday 8 December 2011

tudung dan tak bertudung

tudung. hari ini saya memilih untuk mengulas(memberikan pendapat saya sendiri semata-mata) tentang tudung dan tak bertudung(free hair). terdapat banyak percanggahan dalam isu ini. lebih lebih lagi di kalangan remaja. apakah percanggahan tersebut?


masalah sebenarnya di sini adalah apabila ada di kalangan remaja mula mempersoalkan tentang tudung dan free hair ini. yang si pemakai tudung(segelintir) perli si free hair dan si free hair(segelintir) mengeluarkan kata kata seperti "harap je pakai tudung tapi perangai setan". di sinilah silapnya. kesilapan pertama: untuk mereka yang sudah menutup aurat, memang baik untuk mengajak orang lain ke arah kebaikan tapi bukan dengan cara memerli/merendah-rendah kan si free hair. kesilapan kedua: untuk golongan free hair, mereka harus tahu jangan membeza-bezakan berdasarkan pemakaian. maksudnya hanya kerana si dia memakai tudung dia haruslah bersifat seperti malaikat.


konsep. konsep pemikiran remaja kini sudah salah. tidak semestinya yang bertudung itu baik dan free hair itu jahat. akan tetapi, yang bertudung itu sudah jelas menunaikan salah satu kewajiban dalam agamanya. tetapi apa yang jelas kelihatan adalah dia menutup auratnya. kita tidak tahu sama ada dia menunaikan kewajiban lain. "sekurang-kurangnya" dia kelihatan baik di mata masyarakat. itulah namanya "judging a book by its cover". ya, bukan semua seperti itu tapi saya hanya cuba untuk menerangkan konsep yang saya maksudkan. bagi golongan free hair, bukan semuanya jahat. sejak bila pula tidak bertudung itu jahat? dia "cuma" tidak menunaikan salah satu kewajiban agamanya. mungkin dia menunaikan kewajiban yang lain seperti solat lima waktu dan berpuasa dan sebagainya.


baik. baik dari pandangan mata masyarakat tidak semestinya baik dari pandangan tuhan. jahat dari pandangan mata masyarakat tidak semestinya jahat dari pandangan tuhan. tidak lengkap amalan seseorang itu tanpa keikhlasan di hati. tidak lengkap solat itu jika rukuknya tidak sempurna.(hadis riwayat) seperti adanya mereka yang bertudung tidak menunaikan solat lima waktu, dan adanya mereka yang menunaikan solat lima waktu tidak bertudung. silapnya di sini adalah kamu melabel. hijabster,free hair, shawl-er. silap. kamu harus melihat setiap manusia itu sebagai manusia. kalau kamu melihat mereka semua sebagai manusia percanggahan ini tidak akan terjadi.


kata mereka, tiada alasan untuk tidak bertudung. seperti banyak dijumpai di blog lain. mereka kemukakan sebab munasabah dan tidak terlawan kenapa kamu harus bertudung. janganlah tutup minda kamu. aurat. aurat adalah cara paling mudah untuk membawa kamu ke syurga dan juga neraka. namun kamu semua lupa dan alpa. yang menentukan itu semua adalah tuhan. dia yang menentukan kedudukan kamu semua. bukannya manusia.


fesyen. terdapat pelbagai fesyen bertudung sekarang. namun harus diingati menutup aurat itu bukannya fesyen, tapi adalah kewajiban. bukan maksud saya ianya salah, tetapi kamu harus tahu etika sebenar menutup aurat. jangan kamu ingat menutup aurat itu hanya pada rambut. tiada istilah sekurang-sekurangnya dalam Islam. lakukan sesuatu perkara, lakukannya dengan sepenuh hati dan seikhlas niat diri. pemakaian yang seketat sehingga menampakkan susuk tubuh itu adalah salah, contoh. jadi janganlah kamu menghina golongan free hair jika cara kamu menutup aurat sendiri tidak sempurna. cara pendekatan untuk menasihati itu harus betul. dalam Islam tiada cara yang kasar. Islam itu indah, sentiasa melakukan sesuatu dengan lembut dan betul. sebab itu Islam diterima ramai. jangan sebab kamu, Islam dianggap konservatif. kolot. Islam itu tidak kolot, tetapi zaman yang semakin jahil. mungkin mereka belum menerima hidayah, mungkin pintu hati belum terbuka. kerana yang menentukan itu semua di kemudian hari adalah Allah SWT, bukannya manusia.


thats all for today, this is my opinion based on what i've learned and what i've read. and based on my observation. "mulia di pandangan masyarakat, tidak semestinya mulia di pandangan Allah" assalammualaikum. goodbye halcyon days.



No comments:

Post a Comment